Wednesday, 15 August 2018

Perkara Yang Membatalkan Wudhuk

PERKARA MEMBATALKAN WUDUK



Batal? Batal bermaksud tidak sah atau tidak berlaku lagi.Dalam perkara ini bermakna sudah tidak berwuduk atau tidak suci lagi untuk melakukan solat, memegang dan membawa al-Quran dan tawaf.

Jadi, terbatal wuduk apabila:

1. Keluar sesuatu benda sama ada daripada qubul atau dubur.
    - kentut, buang air kecil dan besar, haid, mani, nifas dan wiladah

   
   
2. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukanmahram tanpa berlapik.
    - Siapa mahrammu?
    

Mahram ialah individu yang haram dinikahi selama-lamanya
dan tidak batal wuduk jika bersentuhan dengan mereka.


Sebab
kekeluargaan

1. Ibu/ ayah
2. Nenek/ datuk sebelah ibu
3. Nenek/ datuk sebelah ibu
4. Anak
5. Cucu
6. Saudara (adik-beradik)
    sama ada seibu sebapa 
    atau sebapa/ seibu 
    sahaja.
7. Anak saudara 
    (sekandung/ seibu/ 
    seayah)
8. Mak cik/ pak cik 
    daripada pihak ibu
9. Mak cik/ pak cik 
    daripada pihak ayah

Sebab
perkahwinan

1. Isteri ayah/ suami ibu
2. Isteri/ suami anak
3. Isteri/ suami cucu
4. Ibu/ ayah isteri (mentua)
5. Anak isteri/ suami
    (anak tiri)

Sebab
penyusuan

1. Ibu susuan
2. Saudara susuan
3. Anak saudara susuan
4. Pak cik/ mak cik 
    susuan (saudara 
    susuan ayah/ ibu kita)
5. Anak susuan isteri 
    (orang yang pernah 
    menyusu dengan 
    isteri kita)
    

3. Tidur yang tidak tetap punggung.


4. Hilang akal sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.

5. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan.


PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERWUDUK

Apa maksud makruh?

Makruh bermaksud perkara yang dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala. Tentu mahu pahala bukan?

Oleh itu, elakkan daripada:

1. Bercakap-cakap
2. Mendahulukan yang kiri
3. Berlebihan menggunakan air
4. Mengelap air wuduk pada anggota wuduk
5. Membasuh anggota melebihi tiga kali

0 comments:

Post a Comment